Intel Corporation (NASDAQ: INTC; didirikan 1968) adalah sebuah perbadanan multinasionalyang berpusat di Amerika Syarikat dan terkenal dengan rancangan dan penghasilanmikropemproses dan mengkhususkan dalam litar bersepadu. Intel juga membuat kad rangkaian, chipset papan induk, pemproses terbenam, komponen dan alat lain yang berkaitan dengan komunikasi dan komputer. Intel memiliki projek penyelidikan yang maju dalam seluruh aspek penghasilan semikonduktor, termasuk MEMS.
Intel mengganti logo dan slogannya pada 1 Januari 2006. Slogan lamanya "Intel inside" diganti dengan "Leap ahead".
Pada 1980-an, Intel merupakan antara 10 penjual semikonduktor utama (ke-10 pada 1987) di dunia. Pada 1991, Intel menjadi pembuat cip terbesar mengikut hasil dan ini kekal sehingga kini. Syarikat semikonduktor utama lain termasuklah AMD,Samsung, Texas Instruments, Toshiba dan STMicroelectronics.
0 ulasan:
Catat Ulasan