Rabu, 29 Februari 2012

ATI Technologies U.L.C

Posted By: massodasuki - 6:07 PTG

Share

& Comment

ATI Technologies U.L.C. (singkatan: ATI) ialah pereka bentuk dan pembekal Kanada yang utama dalam bidang unit pemprosesan grafikcipset papan ibu(motherboard), dan kad paparan video serta juga merupakan syarikat unit pemprosesan grafik yang kedua terbesar di dunia.


ATI adalah syarikat semikonduktor tanpa pembikinan yang berbentuk termudah. Ia menjalankan penyelidikan dan pembangunan sendiri, dengan subkontrak pengilangan dan pemasangannya diberikan kepada pihak-pihak ketiga. Pada asalnya dibentuk pada tahun 1985, syarikat ini dibeli oleh AMD pada bulan Oktober 2006 dan kini beroperasi sebagai sebuah anak syarikat milik penuhnya.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ATI telah terlibat dalam persaingan tetap dengan NVIDIA, pesaing utamanya, untuk bahagian pasaran kad grafik "atasan". Sejak dari tahun 2004, barisan keluaran kemegahannya ialah siri kad grafik Radeon yang bersaing secara langsung dengan papan-papan yang menggunakan GeForce NVIDIA. Penguasaan pasaran oleh kedua-dua syarikat ini telah memaksa penjual-penjual yang lain untuk mengamalkan strategi peluang pasaran.

About massodasuki

Techism is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2013 Teknologi dan Information™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Built with Blogger Templates.