Khamis, 8 Mac 2012

Blackberry Porsche

Posted By: massodasuki - 9:46 PG

Share

& Comment


Oleh Huzaimi A Ghafar
mhuzaimi@bharian.com.my
2011/11/11

pix_gal0
KERJASAMA antara Kumpulan Porsche Design dan Research In Motion (RIM) melakar sejarah baru dengan kelahiran produk telefon pintar dikenali Porsche Design P'9981 yang disasarkan khusus untuk pengguna tempatan. 

Keunikan yang diketengahkan P'9981 ialah penggunaan bahan kerangka keluli, lapisan berasaskan ciri sama seperti kulit pada penutup belakang, papan kekunci QWERTY dan paparan sesentuh kristal.
Ciri keselamatan P'9981 lebih baik berbanding sebelum ini apabila turut dilengkapi PIN ekslusif yang dapat membantu mengenalpasti pengguna sistem telefon pintar berkenaan.
Reka bentuk tulen dan tersendiri dipertingkatkan dengan penggunaan bahan asli serta penekanan kepada proses pembuatan sempurna sesuai dengan prinsip Blackberry dalam penyediaan telefon pintar era moden. 

P'9981 didatangkan dengan prosesor 1.2 GHz dan mampu menghasilkan rakaman video HD dengan resolusi grafik pada kadar 24 bait. 

Ia turut dilengkapi sistem pengesan termaju bagi membolehkan aplikasi baru digunakan dengan sistem P'9981. 

Memori 8GB juga boleh ditingkatkan sehingga 40GB dengan kad mikro SD. 
Telefon pintar baru ini menggunakan sistem operasi Blackberry 7 termasuk aplikasi pelayar generasi masa depan Blackberry yang pantas bagi menyediakan pengalaman capaian internet terbaik dalam industri. 

Ia juga dilengkapi ciri Komunikasi Lapangan Berdekatan (NFC) untuk hubungan mudah dengan pelbagai peranti. 


Berita Harian

About massodasuki

Techism is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © 2013 Teknologi dan Information™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Built with Blogger Templates.